Hey girls Hey boys

Kawan aku pernah keluarkan statement ' Bila lelaki dengan perempuan close, memang tak boleh jadi bestfriends, mesti feeling feeling punya'

Eh aku rasa tak. Like seriously, tidak. Masa tadika aku ada kawan lelaki yang rapat, pergi tadika sesama, pergi kelas mengaji sesama, petang main sesama. Sekolah rendah pun aku ada kawan lelaki yang aku rapat, sama jugak sekolah menengah. Masuk matrikulasi sampai lah jejak kaki kat Uitm ni. Kita kawan dengan semua yang kita kenal, tapi mesti akan ada seorang yang paling kita rapat. Itu biasa. 

Kawan dari zaman pakai tudung selebet selekeh hingusan sampai lah pakai shawl lilit lilit cekik leher tuu. Ada kawan lelaki aku dulu bapak tak hensem tapi sekarang hot tough, stok aweks beratur. 


Aku rasa Jung Il Woo paling hot setakat ini.

Macam mana kau nak bezakan rasa kawan dengan rasa lebih dari kawan bila dah rapat?

Perempuan sebijak mana pon dia, ada masa ada kalanya dia akan jadi lurus bendul, mostly bila bab perasaan. jadi lelaki yang punya sembilan akal harus main peranan jangan bagi false hope. Lelaki dengan perempuan boleh jadi BFF bila lelaki tak bagi false hope dan perempuan reti detect false hope. Kata bestfriend, kata rapat kalau setakat pergi makan berdua tak perlu kot nak rasa feeling feeling each other. 

So that's why aku ada kawan rapat yang berlainan jantina, tapi aku hairan kenapa kawan rapat aku semua nama sama dari zaman aku sekolah sampai aku Uni walaupun mereka orang yang berbeza. Itu je aku musykilkan.

Okay bye.
Assalamualaikum.