Hai specky

Aku rabun since sekolah menengah, tapi aku tak pakai speck sebab adalah sangat hodoh pakai speck dengan tudung sekolah. Sebab tudung sekolah aku sangat selekeh. Dan aku pernah cuba pakai speck tapi seminggu aje, sebab speck aku patah lepas seminggu aku beli. Sedih memang sedih, lepastu aku dah tak buat speck baru sebab aku rasa leceh ada benda dekat muka. 


Hai yang kat belakang itu Nyanya yang comel. Sila lihat darjah keselekehan tudung aku. 

Tapi rabun aku tak teruk sangat sampai la aku masuk matrikulasi. Tapi aku still tak pakai speck, sampailah ada satu masa aku dah tak nampak kalau kalau ada orang panggil aku dari jauh. Aku pernah buat tak tahu bila A bukan nama sebenar panggil sebab aku tak tahu siapa. Kesian A bukan nama sebenar.

Jadi aku pon buat lah speck sebab A bukan nama sebenar bagi mengelakkan kejadian yang sama. Tapi aku pakai asyik take-off. Bila dalam kelas pakai la. itupon kadang kadang. Eh macam sama je pakai tak pakai. Lebih kurang la. 

Bila masuk Uitm memang dah berazam pakai speck, parah kalau tak pakai. Nanti semorang aku tak kenal, nanti semorang kata aku sombong. Biasa dah macam haritu

B : hai :)))) *suara teruja dari jauh*
S : *tiada respons*
Aku tau dah dia kata aku sombong, masalah nya aku tak tahu siapa dia, sebab aku tak nampak. 

Lain kali bila nampak aku tak pakai speck, jerit dari jauh 'hai piqa comel'. Nanti sure aku terus layan.