I dont know who you are



Aku pantang orang tak hargai apa dia ada, tapi aku lagi pantang orang cakap tak tengok diri sendiri. Tak perlu pandang kiri kanan atas bawah, pandang diri sendiri dulu. Tapi dah memang langgar pantang kalau ada manusia yang ada dua sifat kepantangan tadi. Susah kan nak faham ayat aku? Lagi susah bila korang ada kat tempat aku.

Like seriously aku nak cakap pergi mampus la kau dengan niat nak cakap sejujur seikhlas hati, tapi aku siapa nak tentu bila kau nak mampus. Okay rumit kan bila kita kena berhadapan dengan situasi dimana kita rasa nak muntah atas muka seseorang.

Yes, sangat biadap apa aku cakap. Tapi kadang kadang kebiadapan itu boleh kelihatan normal. 

Sebagai contoh, kau tolong orang then orang itu nak bising sana sini apa sahaja tak kena. Secara jujur, can you keep smiling? sejujurnya tidak kan,jadi faham situasi dimana kebiadapan itu kadang kadang menjadi normal.

Bila cakap kita kena tahu apa yang kita nak cakap, bila bertindak kita kena tahu apa tindakan kita. Sebab orang lain ada mata ada hati.

Bila kita tak suka ingat ada yang masih suka.

Bila kita benci ingat ada yang masih menyanyangi

Just keep going on your life, Allah dah tunjuk jalan. Allah dah bagi yang terbaik, kenapa nak pertikai apa yang Dia bagi.

Tak ada benda yang Allah kurnia buat kita rugi, buat kita susah.

Kita je yang selalu rasa rugi dan susah.

Perancangan Allah tu dah seelok elok perancangan.

Kenapa susah nak faham?

Sebab kau tak ada nilai menghormati dalam diri.

Sungguh kau fail dalam respect, epic fail.

Maaf kalau entry ini menyinggung, kadang kadang bila kita penat, kita boleh jadi orang lain.

dan sekarang aku penat, penat dengan kau.


Aku nak lari, lari sampai penat dan aku nak main hujan, sampai puas.

Assalamualaikum.