The other half

Aku pernah tanya kawan aku, kenapa lelaki suka perempuan free hair, dia rasa bila dia bawa balik jumpa mak dia, mak dia tak kata apa apa ke. Eh aku tak kata perempuan yang free hair tu jahat cuma aku tak faham. 

Kawan aku cakap, lelaki nak perempuan hot je tapi jahat mana pon lelaki tu, bila bab cari isteri dia akan pilih yang baik.

Jadi aku teringat ustazah aku kat sekolah pernah cakap

'Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitulah jua sebaliknya'



Kenapa Aaron Aziz? sebab sekarang kalau tanya bebudak lima tahun siapa paling handsome, takda dah dorang kata ayah dorang paling handsome. Sure diorang jawab Aaron Aziz. Ini semua gara gara Seth Tan. Itulah aku dah kata, TV dia bagi imaginasi metafora. Kalau dunia realiti dah makan penyepak dah Nora Elena. 

Jadi adakah saya tulang rusuk awak yang hilang itu?

Bila kita mahu sesuatu yang bagus, kita harus jadi yang paling bagus dahulu. Dan insyaAllah kita akan perolehi yang terbaik

Assalamualaikum