Chaiyokkk chaiyokk

Kawan aku pernah cakap 'kalau nak berubah biar istiqamah' 

Istiqamah? maksudnya berterusan. Jangan pagi isnin semangat nak pergi kelas, taknak ponteng dan berazam nak fokus, tapi esok bangun pagi liat, pergi kelas malas, dalam kelas memain. Itu namanya hangat hangat tahi ayam. 

Sekarang semua benda serabut, sem makin susah, semua benda sangat annoying. Sebal k, sebal! 

KENAPA KENA USAHA KALAU DIRI DAH TAK BOLEH NAK BUAT? KENAPAAAAAAA?



Ada orang yang usaha sikit boleh dapat banyak. Ada orang usaha banyak mana pon dapat sikit je. Pernah fikir kenapa? tidak kan, dengki lagi adalah dekat orang dapat, rasa down gegila bila tak dapat. Rasa Allah tu tak adil, rasa hidup sia sia.

tricky question ; kenapa nak didoakan orang dan diri sendiri dipanjangkan umur sedangkan dah tercatat di lut mahfuz pada waktu masa dan ketika dia akan pergi. Apa guna semangat wish birthday mesti ada ucapan semoga dipanjangkan umur. kenapa sekali dalam setahun itu saja masa untuk kita doakan orang itu dipanjangkan umur.

Jadi sama la dengan takdir, dengan rezeki. Semua Allah dah atur, semua Allah dan rencanakan. 

Tiada apa yang Allah rencanakan adalah sia-sia. Tak ada. Allah takkan letak kita dalam sesuatu bidang melainkan dia tahu yang kita akan beri sesuatu pada bidang tesebut. Dah takdir kau dengan computers maths, kau nak sangat major chemistry tu kenapaaaaa?

Takdir terbahagi kepada dua iaitu Takdir Mubram dan Takdir Mu'allaq. Takdir Mubran adalah takdir yang kita tak boleh ubah yakni kematian, jodoh dan sebagainya. Ianya fix, tetap dan tak akan berubah walau sedikitpun. Sebagai contoh, kematian akan tepat pada ketika dan waktunya, tidak terlewat walau sesaat, tak seawal sesaat pon. Sharp! geddit? Takdir Mu'allaq adalalah takdir yang boleh kita ubah. It based on apa yang kita usahakan. Implikasi terhadap apa yang kita lakukan. 

Lecturer falsafah aku pernah cakap, Allah Maha Pemurah, dan Dia suka kalau hambaNya suka meminta. Meminta dengan Allah lelebih takpa, pergilah mintak everything. dont ask anyone else, Allah will give you everything. More than what you want. MORE! Bila kita berkehendak insyaAllah Allah akan perkenankan. Tapi jangan putus asa, baru mintak sekali Allah tak beri dah putus asa. Sebenarnya Allah nak tengok usaha kita. sungguh tak kita. Dan bila sampai masa yang baik, we will get what we want. No much worry :)

INSPIRED BY THIS FEELING


Jadi berhentilah fikir nak tukar course, berhentilah shafi.