Toloooooooooooooong

 



Dedulu masa sekolah, paling tak suka dengan experiment. Ingat lagi buat bio experiment berkaitan dengan urine. Buekk! Ada pulak yang tak amek bio, suci beno hatinya nak derma urine dia. Itu lagi buekk! Jadi aku memang dah ada sifat malas gila bila experiment.

Jadi bila masuk matrik, experiment adalah perkara penting sebab carry marks, bukan macam sekolah yang pilih the best three experimet yang ditiru dari refrence books. 

Disebabkan aku ambil physical, aku rasa experiment aku tak delah deal dengan bebenda yang boleh buat aku tak makan sampai dua minit. Tapi rupanya tidak sama sekali, chemisry laboratory killing me. 

Experiment 1 :
Ini masa aku buat organic chem punya lab

Lecture : bahan yang kita guna harini agak bahaya, jadi hati hati. Pilih test tube yang tebal.

Me at the back : Takkan sampai explodes kot lab ni, chillax.

jadi aku main ambil je test tube then aku masukkan kan la concentrated ape entah dah lupa dalam test tube, jadi aku boilkan mereka. Tahu apa jadi masa aku angkat, test tube pecah. PECAAAAAAAAAAAAAAAH !

Lecturer : sokay shafi, just redo and bersihkan meja awak.

Me : Sorry miss.

Experiment 2 :

Lecturer : Harini experiment kita guna egg yolk dan mungkin akan meloyakan tekak awak, harap semorang dah makan.

Bayangkan egg yolk. Egg yolk kan pekat gegila. Bueek! dan part tu jugekk aku kena buat. Dalam lab tu egg yolk and another chemical subtances dia letakk satu tempat jadi semua group ambil kat tempat yang sama. 

Dan daaaaaaan aku boleh jatuhkan egg yolk itu. JATUHKAAAAAN DAN TUMPAAAAAAH dengan banyak. 

Minggu lepas aku hampir lepaskan metal ball tanpa turunkan catcher, kalau aku bebetul tak turunkan aku rasa isnin ni memang aku tak dibenarkan masuk lab.