Allah kurniakan hati kita satu, jadi kita haruskan hadirkan hati yang satu pada ketika itu. Faham? kalau takk faham takpa.
Aku bagi time interval hidup kita yakni masa kita dilahirkan sehingga masa kita kembali. Antara dari masa dilahirkan ke masa dikembalikan, kita melalui pelbagai proses bukan? panjang kalau nak cerita.
Point yang aku nak bawak adalah, sejauh mana kita hadirkan hati kita pada waktu dan ketika itu. Tak faham lagi? takpa.
Katakanlah kita sekarang berada di masa ketiga. Kita sepatutnya menghargai dan menikmati masa kita yang ketiga tu bukan fikir apa yang dah berlaku pada masa kedua dan apa yang akan berlaku pada masa keempat.
Aku selalu rasa menyesal pada masa lalu dan takut pada masa hadapan. Selalu.