Blergh

aku suka rasa aku patut dapat lebih sebab aku dah usaha. Kalau aku usaha lah, kalau kan aku cakap. Tamak tahu! Tapi like seriously selalunya aku takkan dapat sama macam apa aku nak, sebab benda kecik je. Seriously. Contoh paling ingat sampai liang lahad, A aku tercicir masa spm dulu sebab Pendidikan Islam. PAI B shafi, B?! Mohon bertenang, anda orang yang keberapa entah yang ada reaksi sedemikian rupa. PAI yang senang tu kau boleh B, kau belajar apa sebenarnya? wuwuwuwu T___T dia rasa macam baik kau koyak je la slip tu dan repeat spm.

Tapi sebenarnya lupa nak bersyukur at first place yang dapat B. Bila fikir balik, memang aku tak letak effort tinggi pon masa study PAI. Masa PAI tuang kelas lepak koop, lepak bilik pengawas padahal kerja amende yang kau ada kat situ tu pon entahlah. Semua sebab mentaliti alah PAI, tinggal baca. Amboi, tinggal baca. Sama ada ingat, tak ingat apa yang baca tak pulak beringat awal. To be frank, PAI aku belajar semata mata ikut ramalan. Ramal tu, baca tu. Ramal ni, baca ni. 

Sebenarnya aku tak kesah pon kalau tengok orang fail, tapi kalau diri aku sendiri fail. WOI TU KESAH SANGAT! kay tak, i'm talking craps. Sebenarnya, aku pandang bangun nya semula seseorang tu selepas kegagalan dan kuatnya seseorang tu teruskan perjuangan selepas tewas. 

Jangan percaya cakap penceramah motivasi sekolah korang bayar nak manipulasi otak korang, SPM adalah segala-galanya la. SPM adalah antara hidup dan mati la. Tahu tak, selepas SPM banyak gila peluang nak sambung belajar. Adat lah woi, yang gempak result, gempak jugak tempat mana dia nak pergi. SPM is just a start to an adult life. Kalau rasa SPM tu dah siksa macam nyawa dah dekat tekak, kat Uni nanti entah mana nyawa melayang, ZOMBIE! Welcome to real life kids! *Evil Laugh*

Choose what you want, and what you think that is the best for your future. Jangan pilih, tapi half half. wa cakap lu, dari pilihan pertama sampai lapan tu penting oh. Ada nak masuk matrik? meh akak nak sep sikit! Jadilah macam akak yang pilih matrik instead of asasi punya offer. yeayy shafi, yeayyy! *cheers for me* simpan menyesal sampai mati kay :D

 

Nampak tak tujuan dia sebenarnya, nampak tak. Hihihi :D 

it is not majoring in what you take, but what you work on the field :)  Percaya, Allah tidak akan meletakkan seseorang pada sesuatu bidang melainkan Dia mengetahui orang tersebut akan melakukan sesuatu pada bidang tersebut.

Katanya result meningkat, biasalah tengok senior la weh *duck face, and peace*