dulu, sekarang

dulu aku pernah tanya, mata tu milik siapa
wajah itu kepunyaan siapa namanya


Hari ini,
aku tertanya, kenapa mata itu yang aku tertarik
kenapa wajah itu ingin aku tahu siapa tuan nya


Kalau dulu,
aku sesal perkenalan itu singkat


Hari ini,
aku sesal kenapa engkau aku kenal walau singkat


kalau esok sudah aku tahu
mata redup itu hanya mainan semata
wajah tenang itu hanya topeng semata


betul kata orang, 
bukan dengan mulut boleh menipu
mata juga
bukan dengan kata kata boleh membohong
wajah juga


Tak baik disesal takdir mata dan wajah itu
tapi cukup 
tak ingin dilihat lagi mata dan wajah itu
bukan mata dan wajah sahaja
khabar berita juga


Cubaan menyimbah minyak ke api, itu bodoh. 


Puas didihkan darah?