Jangan apa lagi

Kau jangan cari yang ego, sebab kau tak mahu mengalah


Kau jangan cari yang suka bercakap, sebab kau selalu bercakap


kau jangan cari yang tak mudah ucap maaf, sebab kau bukan pemaaf


kau jangan cari yang hanya ada bila perlu, sebab kau selalu memerlukan


kau jangan cari yang cepat marah, sebab kau selalu marah


kau jangan cari yang jarang ucap kata sayang, sebab kau sentiasa nak rasa disayangi


kau jangan itu, kau jangan ini


persetankan lah semua nya


aku nak yang ego, suka bercakap, tak mudah ucap maaf, hanya ada bila perlu, cepat marah, jarang ucap sayang.


kau kena cari yang melengkapi kau, bukan sama dengan kau


biarlah, biarkan. peduli lah, pedulikan.


kalau tak kerana ego, nanti aku lupa diri, aku pijak kepala dia


kalau tak kerana suka bercakap, nanti suram suasana, aku tak pandai mula perbualan


kalau tak kerana tak mudah ucap kata maaf, nanti aku kaduk naik junjung. salah aku seorang, maaf dia pula beribu


kalau tak kerana hanya ada bila perlu, nanti aku bosan. bosan kerana sentiasa ada.


kalau tak kerana cepat marah, nanti aku lupa. aku lupa kalau aku yang salah


kalau tak kerana jarang ucap kata sayang, nanti aku tak reti apa makna rindu, apa makna ruang sendiri.


itulah, kesempurnaan saja yang kau cari


tamak, tahu


ketidaksempurnaan itu tak pulak kau baiki


biarlah, itu yang aku nak


jangan itu jangan ini lagi


semak tahu.