Apa kau di sini tahu apa dia buat di sana
Apa dia di sana mampu buat bila kau di sini
Aku tanya kau
Apa selesai pergaduhan
Apa tidak timbul masalah
bila sentiasa di depan mata
Tipu lah aku dengan kata kata nasihat kau
Bila terang kau senyum manis
bila gelap kau asah pisau
Nanti masa kau nak tikam bukan?
Kabur kan mata aku dengan teori kau, analogi kau
Bangga jadi gunting?
Jangan lupa, tak semua benda gunting mampu putuskan
Tak mahu aku tahu niat sebenar kau
cukup aku mahu kau tahu
mungkin tahun itu sekadar kau pandang tuah mampu pertahankan
tapi kau kena tahu
tahun demi tahun itu kekuatan yang sama pertahankan
Ingat senang?
senang seperti kesimpulan kau
satu kata tak kemana
dua tak menyokong
tiga fikir merepek
empat doa tak kekal lama
aku ada lima.
Lima, Allah maha mengetahui
Ahmad Nashrul, terima kasih atas tahun demi tahun dan kekuatan itu