Impian

Kekadang aku rasa macam aku simpan impian terlampau tinggi. sampai kekadang mengeluh macam satu pon rasanya susah nak capai. Macam alahai jauh nyewww. K enough. Too gedik okay shafiqah.

Macam aku masukkan trip pergi korea kena capai sebelum grad. Ya allah, aku taktahu celah mana aku sempat mencari lelaki kpop cecomel euww euww tu bawak balik msia jadi adik angkat sebelum aku grad. Aku rasa aku bakal jadi zombie dan terbang ke new zealand menjadi kengkawan baik lembu lembu serta biri biri yang ada kat sana. 




Masalah waktu, belum lagi duit. Ape pergi trip pakai duit mak ayah. Cukup cukuplah besaq gedabak ni pi kedai beli air kotak pon pau duit mak ayah lagi. Lepastu buat plan kumpul seringgit sehari, dan pergi dua tahun dari sekarang. Tapi lupa yang setahun ada 365 hari je. kalau kali dua baru ada 730 hinggit sahaja. SAHAJA. itu pulau redang pon tak lepas agaknya *lap hingus* 

 Jadi aku anjak trip korea tu entah masuk list bebawah mana entah. Then tukar jadi budget trip to singapore. Tolonglah, budget trip tu *muka gagah*

lepastu ada beruk mana entah, merosakkan plan budget trip tersebut menjadikan exclusive trip dengan pergi balik naik flight, stay dekat marina bay *lap peluh* 

Baiklah aku duduk rumah dan fikir nak masak apa untuk suami, lima tahun akan datang. Atau nak pilih pampers jenama apa untuk anak nanti dari aku ikut 'budget' trip kekonon marina bay uolsss *bakar dompet*


Simpan banyak impian, mana satu nak selesai entah :/