"untung dia ada semua tak payah usaha, aku ni kena usaha baru dapat. Kalau tak usaha, aku mana dapat apa-apa"
manusia ni dia susah sampai tahap "cukup" selagi dia tak reti bersyukur pada rezeki Allah. Orang macam ni la yang selayak-layaknya dipanggil tak reti bersyukur. Cuba kau fikir, apa yang dia impikan selama ni ada pada kau. apa yang dia tak ada tapi kau ada.
Kau sepatutnya syukur. usaha mencari sesuap nasi, bila kau makan nikmatnya lebih dari duduk menunggu nasi disuap orang lain ke mulut sendiri. kalau harta kau jadikan ukuran untungnya hidup seseorang. Kau hilang satu rasa. Rasa kesederhanaan. Itu paling bernilai.
Dihadiahkan dari langit hujan emas, orang yang tahu sederhana mampu bina kolam emas bila dia tahu hujan emas akan berhenti bila-bila masa. Berbanding yang tahu basah dek hujan emas sahaja.
Jangan pertikai usaha, jangan pertikai rezeki Allah. Rezeki Allah dah dibahagi sama adil, sama rata. Cuma manusia belum tahu apa itu "cukup"