Jom kawin cepat.




Sekarang kalau kawin grand bak hang semuanya. kata raja sehari kan, biar beta nampak anggun di takhta. Baju meleret leret sampai ada dayang tolong angkat kat belakang. Pakai tiara bling bling sampai silau mata. Tapi tu semua duit tu, duit hoi duit. Ada duit kau nak kenduri acane, atas bukit tepi kolam ikan haruan sebut je. Janji ada duit. Money cant buy happiness, but its better being sad with money instead without money. Am I right?

sebenarnya kalau tanya aku, aku tak kesah pon bab hantaran. Harus atau tidak aku cc ke pada bakal suami pernyataan ikhlas ni *tiup kuku* tapi takdelah aku tak kesah tu datang rumah minang pakai air liur, cincin yang beli mainan putar tu yang keluar bentuk macam telur ayam lepastuuu tadaaa ni cincin tunang nikah annivesary pertama dan sampai awak keliang lahad ya. Lemak ah macam tu kan. Takpon letak hantaran sehinggit dua posen. Eh ni bukan beli ice cream tau. Ice cream magnum pon lagi mahal. Ini ada dara orang *flips hair*

Eh tadi kata tak kesah, eh eh I pandai masak cekodok okay bak kata azwan ali aku masak kodok, kau hado? Hok mung la kodok, kodok tu mcm katak. Tapi serious la aku tak kisah sebenarnya sebab kalau belanja bebanyak lepastu lepas kawin makan pasir acane? takkan nak ketuk pintu rumah mak ayah mintak duit belanja kot. Takyah lah nak emas sampai ke lengan lepastu habis kenduri gadai sebab duit tak cukup nak bayar hutang. Tak kuasa aku kalau nak peduli pasal hantaran ni macam lah dekat kad jemputan ada tulis berapa hantaran lepastu siap ada tulis pesanan ringkas dan padat, sila bawa duit salam. RM50 atas amat amat digalakkan. Tak kan? 

Tak baik tau, kira hantaran ikut pendidikan. kira la ikut kemampuan lelaki tu. katakan la yang setakat upsr pmr tu boleh jadi menantu yang baik, isteri yang baik pandai masak, pandai serba serbi lah berbanding yang ijazah kedoktoran yang pandai belajar tapi bab urus family kelaut. Tak best jugak.

"sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya" (Riwayat Ahmad)


 Apesal mahal sangat mas kawin negeri selangor ni sampai RM 2,500 eh RM300.