Dear Reality

kehadapan realiti yang dikasihi.
apa khabar? semoga awak sihat sejahtera. saya disini sihat sahaja. Eh stop. ini bukan karangan spm.

Dear reality,
pertama, saya harap awak akan tampar saya setiap kali saya terbuai dengan mimpi. Tidak mengapa, saya bagi keizinan. Tampar saya kuat. Tampar! Semoga otak ini dapat kesedaran apa saya mahukan bukan apa yang pasti. semoga hati ini faham apa saya mahu, bukan untuk saya

kedua, tunjuk seluas-luasnya diri kamu semoga saya lansung tak ada ruang bermimpi mahupon fantasi. Sebab mimpi dan fantasi ini meletihkan. Letih kerana bila bangkit dari mimpi tangan tak kuat mengelap air mata.

ketiga, jangan pernah jemu nasihat pada saya. shafi, balik pada realiti. shafi, jangan cari masalah. shafi, jangan berharap. shafi, buang rasa tu, buang jauh jauh. semoga setiap nasihat tu masuk ke hati dan tanam di jiwa moga hilang lansung semua rasa.

Dear reality,
Mintak bantuan dari kuasa magis untuk saya. Bantu saya. bantu saya balik pada masa lalu. biar saya tarik hari pertemuan. biar saya atur semua moga lansung tiada perkenalan. moga tidak wujud dia. dan moga rasa itu tak pernah akan ada

Ikhlas dari hati.

Memang kita kongsi matahari, tapi bukan rasa hati. Kita lihat bulan yang sama, tapi bukan rasa bahagia.

Macam mana rasa jatuh cinta? Lupa dah.

Published with Blogger-droid v2.0.9