Entry malas 3.0

1. "Bilamana nak berbuat sesuatu tu tanya dulu diri. apa ia beri kebaikan buat diri dan orang lain atau tidak" -Ibu

Dulu mak aku sungguh2 suruh aku jadi cikgu. Dia kata senang hidup aku nanti.
Tapi aku awal2 dah bangkang. Aku cakap aku nak jadi peguam. Tapi mak aku tak kasi.
Mak aku kata nanti aku tersepit antara garisan yang betul dan salah.
Tapi aku tetap nak jadi peguam. Bagi aku, pekerjaan mendidik tu bukan jiwa aku.
Aku tak punya sabar yang utuh. Tapi bila kita buat benda yang mak kita tak suka, mana datang berkat kan? redha allah terletak pada redha ibu bapa. Sebab tu bila orang tanya kalau kau tak jadi engineer kau nak jadi apa? aku akan tetap jawab engineer. Aku takkan kata peguam.
sebab memang itu dah jalan aku. Buat apa nak buang karan perkalaukan.

2. "Dah tak mahu, maknanya tak mahu. Jangan dipaksa soal perasaan"

Aku bab perasaan aku pantang paksa. Kalau tak suka nak dipaksa suka memang makin tak suka jadinya.
aku tabik siapa yang sanggup kejar orang yang tak hendak dengan dia. Sungguh aku tabik.
falsafah aku senang, sayang pada yang sudi, kasih pada yang ingin. Usaha? Betul. Kita kena usaha. Aku cakapkan pada yang usaha untuk seorang sampai lupa tuhan cipta masih banyak manusia.
Kalau betul jodoh kita, dari dasar laut dia duduk pon tetap akan muncul depan kita.
Tapi, jodoh tetap satu usaha. Takda benda datang bergolek. Dan cuba bayangkan kalau dah terbazir banyak masa kita untuk seorang yang tak sudi sedang kita buta ada seorang yang setia menanti.

3. "Apa yang berlaku pada masa lepas, adalah masa lepas. apa yang berbeza macam mana kau corak masa sekarang untuk masa depan"

Aku tak suka pandang masa lepas . Masa lepas adalah masa lepas. Kenapa masih nak toleh kebelakang. Percaya atau tidak, itulah typical manusia.
Kalau awak berjalan, asyik menoleh ke belakang. Tak takut ke depan awak nanti awak terlanggar sesuatu atau tersadung dah jatuh.
Pandang hadapan dan teruskan berjalan. Lagi jauh awak berjalan, lagi jauh awak tinggalkan masa lepas. Analoginya mudah. apa lagi, mulakan langkah.

4. Satu benda yang aku belajar bila cerita masalah dekat orang adalah jangan expect orang akan sebetulnya dengar dan faham.
Mungkin sebulan dua orang akan faham tapi bukan sentiasa. Sebab aku pon macam tu.
Aku sendiri ada masalah sendiri. Kalau sibuk fikirkan masalah orang, masalah sendiri nak jadi apa. kesimpulanya lebih baik kita ceritakan yang indah dari yang pahit. Yang pahit simpan telan sendiri.
Sekurang-kurangnya orang akan cakap bertuahnya kau. Bukan nak berlagak, tapi lagi baik dari orang cakap malangnya kau.

Published with Blogger-droid v2.0.9