*one text received*
"weh kau dengan A B C dah tak kawan ke?"
Aku biar text tak berjawab. Bukan tak penting tapi tak ada jawapan
*one text received*
"Weh serious la korang punya bonding mcm sisters dah. Sayang la buang mcm tu je"
"Kalau kau yang tak ada kena mengena dengan bonding sister kitorang ni rasa ralat, aku patut rasa macam mana?"
Aku patut rasa. Dunia memang bulat. Tak berubah petak. Tapi manusia rambut tetap hitam, hati boleh lain. kalau harini kau semai janji bawah pokok tepi dewan sekolah. 5 tahun lagi kau tengok pokok tu masih disitu atau tak? kalau masih disitu pon pokok tu takdapat suarakan janji2 yang pernah ada dekat situ. kanak-kanak kan?
lagi 15 tahun kita jumpa dekat sini. masa tu semua kena capai segala apa dia mahu.
aku percaya. sungguh aku percaya. aku percaya belum cukup 15 tahun semua tu tinggal janji. Tolak tepi
Serius aku tak rasa apa-apa. sebab dah tak tahu jenis rasa apa aku rasa bila hilang orang-orang yang bila aku jauh buat aku rasa nak balik rumah. bila ada cerita gembira, aku diam pendam taknak cerita selagi diorang taktahu.
Bila ada orang tanya. Aku mampu jawab
"Itu dulu" dan diam