Dengar

Bila mana kau dapat satu perkhabaran tidak enak
tentang seseorang----mohon kau tanya tuan punya badan
sekalipun kau tak mahu penjelasan
kau hadap saja alasan
dengar dan cukup sekali
mahu atau tidak kau percaya
itu terpulang


sekurang-kurangnya kau dengar dari mulut yang punya
dari mulut mulut yang ambil peluang tokok tambah cerita

dari kau simpul semuanya dari cerita yang entah benar entah tidak