Ya, itu soalan provokasi. Mesti ingat, kelembutan dalam bersuara dan kesopanan dalam nada, Itu dua adab hujah paling asas. Paling asas. Bukan kuatnya lembayung kata mahupun kukuhnya kata kunci. Tapi kalau dah terjerit sana, terjerit sini. Mana hilang asas hujah?
Belum masuk isu binatang. Tak tahu mana sebab isu itu perlu ada dalam hujah. Ya, bukan kita yang berdiri di situ dan perlu menjawab isu ini. Isu yang aku rasa kita boleh duduk di meja bulat dan capai kata sepakat dengan akal fikiran yang matang dan logik. Bukan dengan memotong hujah orang sebelum sampai ke noktah.
Aku dah kata provokasi. Sharifah memotong kerana kesuntukan masa, Bawani bertanyakan soalan selepas waktu program. Soalan itu perlu dilantangkan kepada panelis, bukan moderator. Ini yang dianggap provokasi.
Balik pada isu pendidikan percuma. Contoh diberi oleh bawani adalah negara dunia ketiga yang sedang membangun seperti Finland, Sri Lanka dan lain-lain yang mengamalkan pendidikan percuma. Aku ambil dua dari negara yang disebut. Cukup dua.
Okay, kita lihat Finland. Malaysia mempunyai lebih ramai pelajar berbanding Finland. Lebih ramai bukan lebih seorang dua. Tetapi beribu. Malaysia beri subsidi 95% daripada yuran pengajian. Hanya 5% selebihnya ditampung oleh pelajar sendiri. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus dan keatas. Tetapi di malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimum. Persoalan nya, kenapa mahu dibanding enggang sama pipit?
Kita lihat pula Sri Lanka. Sudah kaji dan faham sistem pendidikan mereka? Faham kan dulu. Hanya 10 peratus yang layak ke universiti. Selebihnya terpinggir. Lihat negara kita, berapa yang layak? Berapa banyak universiti serata negeri? Berapa banyak program membantu anak bangsa? Dan kenapa Sri Lanka dijadikan contoh bandingan. Tak logik.
Perlu diingat kebanyakan negara yang mengamalkan pendidikan percuma dan dibangkitkan bawani adalah kaya dan inflasi. Barang naik harga sedikit sudah bising sekampung. Apa sudah kita bersedia dengan lambakan cukai mengarut dan tersembunyi jika mahu teruskan pendidikan percuma?
Pendekatan paling terbaik sepatutnya diambil sharifah adalah tiada apa yang percuma sekarang. Aku bagi analogi. Free gift. Ya memang percuma. Tetapi perlu diambil kira, mahukan yang percuma itu kita harus mengeluarkan wang sendiri untuk membeli sesuatu produk itu yang diselit hadiah percuma bersama. Jadi mana definisi sebenar percuma?
Itu pandangan peribadi. Whatever it is, let someone finish their question. Like i said, this is just personal opinion.
Listen listen listen, let me speak. I have tons of assignment.
Okay tak lawak.
Okay tak lawak.