Kalau tension kau buat apa? Tidur dan berharap masalah tu pergi bila bangun? Atau lari sejauh mungkin sampai tersungkur? tidak, saya akan menangis. Menangis kerana saya tak kuat untuk hadapinya.
Pernah tak kita cuba untuk butakan mata, pekakkan telinga. Cuba buat past is stay on the past, cuba untuk tidak membawanya kehadapan. Biarpun kadang kadang kita dengar bisikan yang buat kita rapuh.
Malu tak dengan diri bila kita sedar kita lemah, bila kita tak ada usaha serta daya untuk bangun. Kenapa? cuma kita mampu persoalkan di benak fikiran.
Rasa muak dengan kata peransang, sebab kita immune dengan semua itu.
Biarlah, biar dia pergi sendiri rasa itu dan tenang menjengah kembali.