Saya takut badut, maskot atau apa apa saja yang sepertinya. Bukan minda tidak menafsir yang di dalamnya manusia biasa, tapi saya gentar. Saya masih ingat kejadian pada masa saya di tingkatan empat, masih segar dan takkan mampu lupa. Bila kena kejar dengan maskot angkasawan. Lari lari dan lari, semua mata memandang, semua kening berkerut. Dan melihat adik adik tadika yang mungkin sedang belajar mengenal dunia sekarang tertawa kerana saya lari ketakutan. Sungguh saya lari kerana takut bukan kerana berharap ada putera datang menyelamat. Kalau diikutkan hati, mahu saya rentap lihat siapa di sebalik maskot dan pinta dia pergi jauh jauh.
Siapa mampu tangani fobia, sedangkan lihat maskot atau badut bergerak di TV cukup buat saya kabut.