DreamLand

Ada satu masa orang sebelah saya pernah tanya.

'KALAU KAU DIBERI PELUANG UNTUK PERGI SATU TEMPAT, MANA KAU NAK PERGI?'

Alah soalan, takboleh nak pmr lagi ke? 

*diam*

susah sebenarnya soalan, kalau tanya mana nak pergi. banyak tempat sebenarnya. Hatta bilik air pon rasa nak pergi sekarang ni.

jadi setelah timbang tara segala baik dan buruk.

'NAK PERGI FRANCE'







'ek eleh, semorang nak pergi france. paris lettew, city of love. itu impian semorang, takda yang lebih interesting ke?'


Tak tadi sebenarnya soalan jenis apa?

APA DESTINASI IMPIAN ANDA? ADAKAH PASTI IMPIAN ANDA MENARIK?

macam tu?

ataupun

SILA JAWAB SOALAN INI JIKA JAWAPAN ANDA MENARIK?

macam tu?

Bila bercerita tentang apa yang orang suka
tentang apa yang orang impikan.


Boleh tak kita senyum dan sokong

menarik atau tidak impian dia, 
cerita dia pada kita itu perkara ke seploh, 
oh mungkin doploh. 
atau mungkin tak payah letak lansung dekat carta hati. 

Ah ternajwa latif pulak.

cuba cari mana hak kita nak ketawakan impian orang?

Takde kan?





takde lansung kannn?





kannnn?





sekurang-kurangnya dia punya impian, sekurang-kurang dia ada semangat untuk capai impian.



Kau punya sebab, kenapa kau minat pada sesuatu kan?



Orang lain pon.


but dream are not enough.