I love random things





1. Haritu aku kena teman nazira pergi um,
 masa balik boleh sesat sampai ke kajang. Kajang mungkin. Ah sesat, mana tahu exact location. 
Dengan perut lapar tak makan apa lansong dari pagi.
Google maps pon tak bantu. Jam bak hang. 
Sedih benar kehidupan. 

2. Bila dah jumpa jalan balik, perkara pertama harus cari kedai untuk melantak  makan. 
Bila sampai, tapi servis teruk to the max. 
Naz order Ayam Penyet, 
aku order Ayam BBQ. 
Nasi naz dah habis sepinggan baru nasi aku sampai. 
mungkin dia bakar ayam tu guna arang. Mungkin. 

3. Masa aku pergi cari buku dekat popular, 
ada makcik tegur. 
Alah biasa kalau makcik kena la bebaik sikit, mana tahu dia ada anak lelaki bebaya yang hensem gilos.
 Lepastu dia kata nanti kalau ada rezeki jumpa empat lima tahun mak awak dah ada cucu.
dear future husband, geddit?


4. Aku pergi cari barang cupcakes dekat pasaraya, 
alah takkan dekat kedai beskal kot
aiyo shafiqah, level tiga gila lawak.
onggile pon tak gelak
aku nak cari pewarna kuning.
aku jumpa pewarna apple-amende-entah-nama-dia
jadi aku tak beli, nak warna kuning kan
jadi bila balik
adik aku cakap pewarna yang aku tak jadi amek tu la warna kuning.
ada ea epal kuning?

5. Harini aku nak tukar phone tv guna phone instead of guna remote
can it work?
*ketuk kepala*

6. Aku buat milo, lepastu tak ada susu.
aku nampak susu cair
aku letak dekat setengah gelas
susu sahaja
manis lansung takda
tapi sebenarnya aku boleh letak susu tepung
sebab susu pekat takda
syabas shafiqah syabas!

Cuti lama sangat ni, penat dah letak otak dalam frezeer. Cepatla habis semester break

P/S : semoga saya dan rakan rakan dapat capai apa yang ditarget.
semoga lepas semua subject
Aminnn