"Tak, semua balik rumah mentua"
*senyum*
satu ramadan, saya belajar semoga makin membesarnya saya dan adik adik. tidak akan menjauhkan kami dari ibu dan bapa. Ibu selalu pesan 'dah bersuami nanti, keluarga suami yang kita utama. ibu dan ibu mentua sakit pada masa yang sama, pergi pada ibu mentua itu lebih utama' Alllah, perit telinga mendengar. sebagai anak, saya harap bila masa saya dalam situasi tadi saya bukan anak yang lupa pada ibu yang melahirkan juga pada ibu yang melahirkan lelaki terbaik buat saya.
Mungkin kita anak, kita lupa. Tiada apa yang ibu dan bapa harapkan dari anak-anak selain kasih sayang dan perhatian. Masa di pahang, saya pernah diejek anak emak. Katanya setiap masa ibu membuat panggilan, tidak pon pesanan ringkas. Saya sendiri terbiasa, sebelum makan tengahari telefon ke rumah. hanya bertanya 'Ibu masak apa hari ni?' cukup dah rasanya, cukup dah untuk hari ini bagi ganti peluk cium. Jauh katakan (terpisah negeri).
Kita sibuk membesar, tanpa kita sedar mereka makin tua. bila duduk semeja bersama masa berbuka harapan satu dalam hati. Moga ramadan tahun tahun akan datang jika dipanjangkan umur insyaallah moga tiada kerusi yang kosong. moga tak ada karakter yang hilang. moga lengkap selengkapnya seperti yang ada ini.
shafiqah, ingat baik baik dan semat dalam hati. Kalau kau abai ibu dan bapa dan bahagia bukan milik kau. Jangan pertikai perancangan Allah kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.