tapi paling sedih cerita masa ramadan ni masa tahun 2010, syurgamu ramadan
drama ni on air masa tengah kat matrik. gigih tetiap malam selasa sampai khamis balik tarawih singgah bilik tv sebelum naik bilik padahal masa tarawih asyik bising banyak kerja la, esok quiz la blabla. boleh pulak buang masa tengok tv dulu. cerita ni habis malam nak balik kl. sungguh cari tiket paling awal nak balik kl sebab taknak miss ending dia.
tapi serious kalau ramadan je semua cerita nak sedih. ada la cerita lawak, tapi cerita sedih mesti lebih 'hidup' dari cerita lawak tadi. padahal cerita sedih tadi jalan cerita sama je. anak derhaka, mak kena tinggal. mak jahat kat anak, tak suka menantu yang ending dia dah boleh expect. mesti ada watak mati dan watak jahat jadi baik or kena balasan.
tapi bagi aku cerita ramadan paling win.
Sehari berpuasa terasa sungguh dahaga, Waktu berjalan laju tidak sabar ku menunggu, Nenek selalu berpesan jangan mengikut nafsu, Jangan kita ikutkan itu perangai hantu *nyanyi kekuat* siapa tak pernah nyanyi lagu ni masa bulan puasa dedulu rugi laaa. rugi wa cakap sama lu (alah menggelabah gila kau shafiqah woi)
RAMADAN KAREEM. Hoping for better ramadan insyaallah. come, grab the chance everyone.